Taklimat KDB & Advokasi MSU, Kuching
5 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Khamis yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah berganding bahu bersama Pusat Internet PPR Taman Seri Wangi dan Kampung Pandan Lundu, mengadakan taklimat khas Klik Dengan Bijak dan Advokasi bersama pelajar-pelajar MSU, Kuching, Sarawak. Pelbagai topik telah pun dikongsikan kepada mereka, antaranya ialah Pengenalan Pusat Internet kepada komuniti sekitar. Selain itu, mereka turut dikongsikan mengenai jenayah siber yang perlu mereka khuatiri dan masalah seperti Buli Siber, Siber Grooming, Penghendap Siber dan juga pengenalan kepada projek E-Waste dalam membasmi alat komunikasi yang tidak lagi digunakan. Taklimat ini telah disertai oleh 117 orang pelajar MSU, Kuching.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: